PhotobucketPhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket

Syurga Beli-Belah Terhebat!!

Assalam... Hmm, hari ni aku nak buat pasal tempat-tempat shopping complex ni!! Aku cuma nak senaraikan 3 tempat terbaik shopping complex aka bazaar jualan aka apa-apa jelah! Yang penting untuk ber-shopping!



Antara tempat-tempat shopping yang menarik KEBABOOM ni :

1.Jalan Tunku Abdul Rahman aka Jalan TAR
-Tempat ini tempat terbaik bagi membeli pakaian-pakaian terutamanya pada musim hari perayaan seperti musin raya. Menawarkan pelbagai pilihan baju yang cantik MENARIK lagi meletop!! Selalunya, kaum hawa yang acap kali datang membeli pakaian di sini. Kalau korang pergi sana, banyak juga aksesori yang dijual pada harga yang murah!! Jadi, tak sia-sialah korang pergi sini untuk membeli pakaian yang CANTIK TERTARIK!!

2.Alamanda, Putrajaya
-Okey, yang ini selalunya orang-orang kaya yang selalu datang sini. Di sini, banyak barangan-barangan ekslusif yang dijual pada harga yang tinggi tapi berkualiti TINGGI!! Sesiapa yang ada duit lebih tu, bolehlah pergi ke sana bershopping sakan. Itu pun kalau cukup. Aku pergi sekali pergi balik pun dah RM150 lebih. Itu baru kira minyak dan barang-barang anak aku ni. Belum campur barang isteri. Haih... RM500 lebih!!

3.Low Yat
-Ha!! Yang ini sesuai kepada penggemar aka penggila gajet yang canggih!! Kira IT-lah semuanya!! Kat sana tu, kalau korang tengok, ada jual tablet, komputer, laptop, mp3, iphone dan macam-macamlah!! Aku selalu pergi sana beli macam-macam sebab itu aku ada banyak handphone! Haha!!

Okey, itu jelah yang aku nak update. Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat shopping complex yang menarik tertarik KEBABOOM!! Cuma tempat-tempat tu tak menarik perhatian aku. So, itu jelah. Bye!

P/S : Sebelum korang CHOW, klik SINI! Wajib!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Hadiah Unik? Klik Sini!!